Saturday, November 22, 2008

Apabila cerita bermula

Apabila cerita bermula, bermulalah satu episod baru dalam kehidupanku. Bermulalah langkah utama untuk ku meneruskan kehidupan ku yang penuh warna warninya. Tidak kurang juga denga n kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Namun itu semua ketentuan Tuhan.

Perjalanan kehidupanku yang penuh berliku, namun aku tetap yakin, itu semua ketentuan dari Nya. Dugaan untuk kita terus hidup. Allah tidak akan melupakan hamba-hambanya, malah sering mengingatkan hamba-hambanya dengan memberi pelbagai jenis dugaan kepada mereka. Namun kita sebagai hamba-Nya sering terlupa akan kewujudannya di sekeliling kita.

Kali ini Allah duga ku dengan perasaan yang indah, yang ingin ku elak-elakkan selama ini. Keinginan ku untuk berumahtangga dan memilikin anak-anak ku sendiri sememangnya menjadi idaman setiap wanita yang ada di dunia ini. (err... bukan semua...) Tuhan dugaku bukan hanya denan perasaan gembira, tapi juga perasaan ragu, takut dan curiga.

Ku ingin meneruskan kehidupanku seperti yang lalu. Tapi Tuhan sayangkan aku.. mengingatkan aku bahawa aku masih lagi punyai tanggungjawab untuk-Nya. Jadi Tuhan bagiku dugaan untuk sedar bahawa kaki ku masih berpijak di bumi yang nyata.

Faizharris, terima kasih kerana hadir dalam hidupku....

No comments: